28 July 2011

Ramdhan 1432H

Dengan ini di isytiharkan bahawa puasa 1432H / 2011M jatuh pada.... 1 ogos 2011M.. 

Itu lah yang sering di nantikan oleh kalian semua bukan? Tahun ini beliau dah bersara..Engku Ibrahim (79 tahun) mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980. 


Thumbnail tu gambar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.Adekah gayanya menyerupai Engku Ibrahim? harapnya tidak ;)

Yeaahh its ramadhan.. so,let it wonderfull with any kind of “amalan”…kumpul pahala banyak-banyak.. then mesti kak joyah, kak tipah tukang jahit dah mula pening nak pikir tempahan yang melambak..penuh agaknye buku log..haha..semata untuk raya! Kak senah tukang jual kuih pun mesti dah sibuk mencari resipi  baru untuk di jual..hahah..sile lah  ye kalian,asalkan duit yang halal di bulan yang penuh keberkatan… pssttt..nama – nama tu semua aku main tibai je,kalo terkena kat jira korang ke makcik kesayangan korang ke sori lah yer..haihh…ok ape kalo name dorang yang aku sebut?? Tak ke glamer? Aigooooo~
Puasa..ingat lak kes  muda mudi..tahun mane tak yah la sebut ea,Nampak sangat dah tua nye…dalam2 taun lepas la..umo baru 12 taun..ekekeke ~
Tak de laa..bila puasa kan mesti ingat moreh..ye idak? Nak di jadikan cerita..”time kecik”  masjid kampong aku ni agak besar la sebab masjid ni di makmurkan oleh 3 buah kampong termasuk kampong aku..well agak meriah la moreh nyea! Niat puasa tu memang la puasa,,ye idak..time terawih nye entah kemane..moreh yang penting!! Hehe,, tiap – tiap mala made sorang makcik dari kampong aku akan hantar kuih kat masjid, kuih yang selalu dia hantar kat masjid adelah kuih feveret aku. omaigod..”tepung bungkus” haaa..korang tau tak amenda tu?? Well kalo kelantanese mesti tau ape kebenda nya..kuih nye sgt sedap..gabungan antara beras pulut ngan inti kelapa..warna putih pekat dan di balut ngan daun pisang,,cara balutan ala- ala lepat la.. memang sangat maveles la.. then mmg itu yang aku tunggu..hahaha.. time orang dok syok solat terawih, memang ramai la yang “bergelewat” kat luar sane..mane nak kejar colek nye mane nak main mercun nya..mane nak tikam buyung nya,,,macam – macam ragam time tu..entah..sekarang masih ade tak budak – budak macam dulu.. sangat rindu mase dulu kan?
Kat sekolah lak mesti ade cikgu yang Tanya,”hari ni puasa tak?..kalo puasa penuh cikgu bagi hadiah.” Hadiahnye entah kemana..dah gerenti time raya sekolah cuti..lepas dah cuti raye mane ade lagi budak – budak nak redeem hadiah..dah lupa dah bila perut dah penuh ngan biskut raya..poket penuh ngan duit raya..kan!! cikgu cikgu… ;-)
Mase kecik – kecik gak sume pakat beli mercun..heran nye setiap tahun raya mesti ada yang beraya tanpa tangan , tanpa jari , kan? Adoyaii..  tolong la nikmati Hari Rayadengan penuh pengertian dan tanpa cacat cela buatan sendiri.. sape yang ade adik mahupun kenalan yang sebaya aku di zaman lepas,tolong la nasihatkan adik- adik sekalian.. kalo nak main mercun bole..pandai – pandai jaga diri sendiri!!
Yeah..aku suka bulan puasa..sebab bulan puasa la aku puasa..bulan puasa jugak la aku jatuh cinta, bulan puasa jugak la aku dapat lesen Moto.. Bulan puasa jugak la aku struggle untuk SPM.. sebab bulan puasa lah Aku dan Korang sume akan beraya…kan? Lastly kalau ade kesalahan di masa lampau secara sengaja ataupun tidak..aku sangat hargai jika korang dpt maafkan kesalahan aku okay..dosa manusia sesame manusia kan?  ;-)


Salam Ramadhan ;-)

“JEPUN” Jajah lah Malaysia…


Penjajahan yang aku maksudkan adalah dari segi budaya dan budi bahasa bukan penjajahan berbentuk tindasan serta kekejaman di zaman penjajahan jepun  yang bermula pada tahun 1942 – 1945 tu...
Meh sini nak citer...Sejak berada di bumi matahari terbit,banyak perkara yang aku nilaikan dan bezakan antara Jepun Vs Malaysia.. Jepun adalah sebuah Negara yang cukup gah di mata dunia, sedangkan Malaysia?? Hehe..tak nak lah mengutuk tanah tumpah darah ku…
Please babe!!!

Korang nak tau tak antara perkara – perkara aku dan di antara teman yang baru berpijak di sini…hemm!! Meh bace entri nie.. ;-)

Situasi 1 : Tanya Jalan
Aku dengan member- member time tu kat Bandar Kurume,salah satu Bandar di Kyushu Jepun..Time tu 1st time jalan – jalan cari pasal di bandar Kurume sambil mencuci mata  tengok awek jepun hehe…then snap landskap and so on… nak jadikan cerita member aku nak cucuk duit (Almaklum laa..duit masyukk) tapi kitorang tak tau kat mane adenya Atm ataupun dalam bahasa omputeh nye Auto Teller Machine.. merata meraban mencari yobinkyoku ( Post office) sbb akaun dari situ..kalo cucuk kat kombini  (Convinience)..*otak die banyak di deduct.. sementara gigih mencari kat mane beradenya Atm yang di cari,aku menegur seorang Obasan (nenek) ..pehhh Afro ko!!!  Then bile di Tanya kat mane Atm tu menyorok,..die dgn bersungguh-sungguh explain kat kitorang…bla..bla..bla… “katanya : ahad nie kebanyakan post office biasanya tutup, then dekat ngan umah die ade 1 post office,,tapi tak tau buka tak ”  pfftt…lega!!! Tapi kan… dalam setengah jam baru sampai  kat sana kalo transport utama “kaki” di gunakan..hahahaha…. lantas lengan tangan kawan aku di heret nya..semata nak tunjuk jalan,.. Mak aihh…kemain terkejut kitorang!! Hahaha..berlendir ketiak ~ tapi ade yang mendapat!! Bhahaha~

Nota Kaki : Bile hayati story aku korang bole bezakan tak budaya Jepun ngan Malaysia bila menunjuk arah?? Beza kan?? Orang Malaysia sangat tak prihatin dengan keadaan ini bila ade visitor bertanya..maybe ade yang bengang sambil tarik rambut sebab tak setuju kan? Tapi kalo ade yang baik hati pon hanya 2 kerat je kott,,thats y laris peta – peta segala untuk visitor kat kedai buku..ops! Malaysia dah maju…Maybe ayat baru yang di gunakan adelah “GPS lah” tak pun “tanyalah Pakcik Google”.. kan?

 makcik yang di maksud kan..Afro yo.. ingatkan ofuro..haha

Situasi Ke 2 : Time Makan – makan

Juga dengan member, time ni kat you me town..bershoping segala..time makan petang kitorang just beli “ bento” makanan yang di pack..tingal makan jer,, then mencari la tempat nak melantak.. sehinngalah terjumpa kawasan  tempat duduk ala-ala food court kat tesco tuu! Makan nye makan tetiba aku yang hansem dan kacak bergaya ni dengan lemah lembut  tertumpah air kat meja..sampai lantai tuu,,,aigoo~ xle bawak majlis betoii..haha..then member aku gegas p toilet amek tisu.. belum sampai lagi member aku ,makcik sebelah dating lap meja kitorang,,bukan takat meja..lantai sekali…errrrr~ malu nye…

Nota Kaki : Makcik tu bukan cleaner..tapi die datang tolong..mak aii..berbudi bahasa sungguh!!  Then berborak – borak ngan makcik tu  pasal keindahan jepun ;p
Kalo kat Malaysia? Ape kita buat ehh bila tgk org meja sebelah tertumpah air cam tuh? Sendiri mau ingat ekk!

 Anak makcik tu..hehe ;p


Situasi Ke 3 : Fesyen

Hehe..kalo bab ni aku sangat suka!! Aku kan fashionable!! Erk,,kalo aku mengaku di depan khayalak Malaysia..mesti di keji… ( tapi aku mmg stylo lah) haha.. korang tau tak? Kat sini korang pakai ape sahaja…yer ape sahaja!! Mereka akan angap its your fashion.. dorang tak akan kutuk korang nye fesyen.. seperti yang selalu korang dengar “ ei poyo nye style minah tu”.. “ mak ai,mamat tu tak beragak nak dress up” …”alahai style lame pon tak tinggal lagi” … betol  kan?? Hidup dorang adelah tak menyusahkan orang sekeliling, tak macam hidup rata – rata orang Malaysia..hidup hanya untuk menyusahkan orang!!

Hah..  situasi- situasi tu dah cukup buat aku terkesima..Aku bukan nak  mengutuk Malaysia,tapi just nak bezakan buruk baik nye yanag patut kita ikut kan?? Jangan saman  aku eh..aku xde duit..hehe..
Yeahh…sumpah “ I love japan” !!!

P/s : Okuchi ni au to ii no desu ga.. soredewa chikaiuchi ni !

16 July 2011

Nisfu Syaaban


Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban
Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!


Salam Asia..

Konnichiwa!  

To my fellow followers,thnx a lot sbb sudi menjenguk blog aku nie..walaupun usang dan kurang isi,tapi masih laris…hehe,.mane taknye,,terkejut gak jumlah followers yg makin banyak…haha…

Ape citer semuanya?
wah…sedar tak sedar dah taon 2011 ,pffttt,,ape aset yg telah korang kumpul setakat ni? Mazda? Porshe?xpun kereta kuda kaki ke atas? Hee.. kalo aku maseh zero miro… hahaha… Kan setiap orang diberikan jalan yang berlainan.. itulah hidup name nya,,,kalo sume idop kita same,,xde life lah name nya kan..

Syukur pada Tuhan, sekarang aku mampu membuat Ayah dan ibu tercinta tersenyum girang dengan ape yang sedang aku capaikan..terima kasih mak atas segala  doa kamu!! Akan daku usahakan demi mengembirakan mu..


Untuk kesekian kalinya aku bakal menjalani ibadah puasa dan menyambut syawal di bumi asing,..bagaimanakah agak nya? Sebersih dan sesuci di Malaysiakah? Insyallah, akan di laksanakan sepenuhnya… bulan depan? Yess bulan 8 akan bermulanya puasa…kome pose yer..jgn idak..then aku bakal beraya di kedutaan Malaysia bersama dengan pnduduk malaysia yang berada kat sini…pagi syawal tanpa ciuman dari ibu ayah ;)
xpe…hati kering,,,Insyllh taun depan dapat beraya same2…


Safwan Abdul Kadir In Memory

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan nyawa untuk terus berjuang di muka bumi....  Dah lame x update dairi kesayangan ni..busy yang amat, di kesempatan ini  aku nak ucapkan Takziah Buat keluarga
En Abd kadir atas pemergian shbt sehobi aku iaitu  
Muhammad Safwan bin Abdul Kadir ..Allahyarham meninggal dunia sejurus terlibat dalam satu kemalangan di Higway Negeri Sembilan..Kemalangan antara kereta arwah dengan sebuah lori mengakibatkan arwah cedera teruk di kepala dan  meninggal di tempat kejadian..Allah lebih menyayangi beliau..Seorang insan yang amat berbakat dalam dunia photographer..juga sahabat alam maya yang baik..sering bertengkar pasal gambar dgn aku..itu lumrah..Maafkan daku andai tersilap kata terkasar bahasa...Moga Roh Arwah di cucuri Rahmat..Al – fatihah!!


SEREMBAN: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Labu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan ke arah Utara melanggar belakang sebuah lori membawa muatan besi kitar semula di lorong paling kiri.


Sumber : Harian Metro


Kat sini aku selitkan antara gambar hasil tangan Allahyarham..  “Segalanya Dalam Kenangan”







08 March 2011

Updated..

Sekeping hati,,,

Dulunya parah di calar..
Pedih di hiris...
Tapi kenangan manis tetap bersama...



Ibarat hujan,,
Walaupun bersama ribut..akhirnya meninggalkan pelangi nan indah...
Harapan kembali di saat ingin berjauhan..
Senyuman bias indah terukir..
Kelat menjadi manis...
Duka menjadi suka..




Andai masa menjadi penghalang,
Hargailah masa kerana masa kita bersama..
Andai jarak menjadi pengukur,
kenangilah ia kerana itulah pengukur kekuatan kita..
Andai mereka yang menetapkan,
Tunjukkan ketulusan hati kita!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

its finallly reveal...