28 July 2011

Ramdhan 1432H

Dengan ini di isytiharkan bahawa puasa 1432H / 2011M jatuh pada.... 1 ogos 2011M.. 

Itu lah yang sering di nantikan oleh kalian semua bukan? Tahun ini beliau dah bersara..Engku Ibrahim (79 tahun) mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980. 


Thumbnail tu gambar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.Adekah gayanya menyerupai Engku Ibrahim? harapnya tidak ;)

Yeaahh its ramadhan.. so,let it wonderfull with any kind of “amalan”…kumpul pahala banyak-banyak.. then mesti kak joyah, kak tipah tukang jahit dah mula pening nak pikir tempahan yang melambak..penuh agaknye buku log..haha..semata untuk raya! Kak senah tukang jual kuih pun mesti dah sibuk mencari resipi  baru untuk di jual..hahah..sile lah  ye kalian,asalkan duit yang halal di bulan yang penuh keberkatan… pssttt..nama – nama tu semua aku main tibai je,kalo terkena kat jira korang ke makcik kesayangan korang ke sori lah yer..haihh…ok ape kalo name dorang yang aku sebut?? Tak ke glamer? Aigooooo~
Puasa..ingat lak kes  muda mudi..tahun mane tak yah la sebut ea,Nampak sangat dah tua nye…dalam2 taun lepas la..umo baru 12 taun..ekekeke ~
Tak de laa..bila puasa kan mesti ingat moreh..ye idak? Nak di jadikan cerita..”time kecik”  masjid kampong aku ni agak besar la sebab masjid ni di makmurkan oleh 3 buah kampong termasuk kampong aku..well agak meriah la moreh nyea! Niat puasa tu memang la puasa,,ye idak..time terawih nye entah kemane..moreh yang penting!! Hehe,, tiap – tiap mala made sorang makcik dari kampong aku akan hantar kuih kat masjid, kuih yang selalu dia hantar kat masjid adelah kuih feveret aku. omaigod..”tepung bungkus” haaa..korang tau tak amenda tu?? Well kalo kelantanese mesti tau ape kebenda nya..kuih nye sgt sedap..gabungan antara beras pulut ngan inti kelapa..warna putih pekat dan di balut ngan daun pisang,,cara balutan ala- ala lepat la.. memang sangat maveles la.. then mmg itu yang aku tunggu..hahaha.. time orang dok syok solat terawih, memang ramai la yang “bergelewat” kat luar sane..mane nak kejar colek nye mane nak main mercun nya..mane nak tikam buyung nya,,,macam – macam ragam time tu..entah..sekarang masih ade tak budak – budak macam dulu.. sangat rindu mase dulu kan?
Kat sekolah lak mesti ade cikgu yang Tanya,”hari ni puasa tak?..kalo puasa penuh cikgu bagi hadiah.” Hadiahnye entah kemana..dah gerenti time raya sekolah cuti..lepas dah cuti raye mane ade lagi budak – budak nak redeem hadiah..dah lupa dah bila perut dah penuh ngan biskut raya..poket penuh ngan duit raya..kan!! cikgu cikgu… ;-)
Mase kecik – kecik gak sume pakat beli mercun..heran nye setiap tahun raya mesti ada yang beraya tanpa tangan , tanpa jari , kan? Adoyaii..  tolong la nikmati Hari Rayadengan penuh pengertian dan tanpa cacat cela buatan sendiri.. sape yang ade adik mahupun kenalan yang sebaya aku di zaman lepas,tolong la nasihatkan adik- adik sekalian.. kalo nak main mercun bole..pandai – pandai jaga diri sendiri!!
Yeah..aku suka bulan puasa..sebab bulan puasa la aku puasa..bulan puasa jugak la aku jatuh cinta, bulan puasa jugak la aku dapat lesen Moto.. Bulan puasa jugak la aku struggle untuk SPM.. sebab bulan puasa lah Aku dan Korang sume akan beraya…kan? Lastly kalau ade kesalahan di masa lampau secara sengaja ataupun tidak..aku sangat hargai jika korang dpt maafkan kesalahan aku okay..dosa manusia sesame manusia kan?  ;-)


Salam Ramadhan ;-)

“JEPUN” Jajah lah Malaysia…


Penjajahan yang aku maksudkan adalah dari segi budaya dan budi bahasa bukan penjajahan berbentuk tindasan serta kekejaman di zaman penjajahan jepun  yang bermula pada tahun 1942 – 1945 tu...
Meh sini nak citer...Sejak berada di bumi matahari terbit,banyak perkara yang aku nilaikan dan bezakan antara Jepun Vs Malaysia.. Jepun adalah sebuah Negara yang cukup gah di mata dunia, sedangkan Malaysia?? Hehe..tak nak lah mengutuk tanah tumpah darah ku…
Please babe!!!

Korang nak tau tak antara perkara – perkara aku dan di antara teman yang baru berpijak di sini…hemm!! Meh bace entri nie.. ;-)

Situasi 1 : Tanya Jalan
Aku dengan member- member time tu kat Bandar Kurume,salah satu Bandar di Kyushu Jepun..Time tu 1st time jalan – jalan cari pasal di bandar Kurume sambil mencuci mata  tengok awek jepun hehe…then snap landskap and so on… nak jadikan cerita member aku nak cucuk duit (Almaklum laa..duit masyukk) tapi kitorang tak tau kat mane adenya Atm ataupun dalam bahasa omputeh nye Auto Teller Machine.. merata meraban mencari yobinkyoku ( Post office) sbb akaun dari situ..kalo cucuk kat kombini  (Convinience)..*otak die banyak di deduct.. sementara gigih mencari kat mane beradenya Atm yang di cari,aku menegur seorang Obasan (nenek) ..pehhh Afro ko!!!  Then bile di Tanya kat mane Atm tu menyorok,..die dgn bersungguh-sungguh explain kat kitorang…bla..bla..bla… “katanya : ahad nie kebanyakan post office biasanya tutup, then dekat ngan umah die ade 1 post office,,tapi tak tau buka tak ”  pfftt…lega!!! Tapi kan… dalam setengah jam baru sampai  kat sana kalo transport utama “kaki” di gunakan..hahahaha…. lantas lengan tangan kawan aku di heret nya..semata nak tunjuk jalan,.. Mak aihh…kemain terkejut kitorang!! Hahaha..berlendir ketiak ~ tapi ade yang mendapat!! Bhahaha~

Nota Kaki : Bile hayati story aku korang bole bezakan tak budaya Jepun ngan Malaysia bila menunjuk arah?? Beza kan?? Orang Malaysia sangat tak prihatin dengan keadaan ini bila ade visitor bertanya..maybe ade yang bengang sambil tarik rambut sebab tak setuju kan? Tapi kalo ade yang baik hati pon hanya 2 kerat je kott,,thats y laris peta – peta segala untuk visitor kat kedai buku..ops! Malaysia dah maju…Maybe ayat baru yang di gunakan adelah “GPS lah” tak pun “tanyalah Pakcik Google”.. kan?

 makcik yang di maksud kan..Afro yo.. ingatkan ofuro..haha

Situasi Ke 2 : Time Makan – makan

Juga dengan member, time ni kat you me town..bershoping segala..time makan petang kitorang just beli “ bento” makanan yang di pack..tingal makan jer,, then mencari la tempat nak melantak.. sehinngalah terjumpa kawasan  tempat duduk ala-ala food court kat tesco tuu! Makan nye makan tetiba aku yang hansem dan kacak bergaya ni dengan lemah lembut  tertumpah air kat meja..sampai lantai tuu,,,aigoo~ xle bawak majlis betoii..haha..then member aku gegas p toilet amek tisu.. belum sampai lagi member aku ,makcik sebelah dating lap meja kitorang,,bukan takat meja..lantai sekali…errrrr~ malu nye…

Nota Kaki : Makcik tu bukan cleaner..tapi die datang tolong..mak aii..berbudi bahasa sungguh!!  Then berborak – borak ngan makcik tu  pasal keindahan jepun ;p
Kalo kat Malaysia? Ape kita buat ehh bila tgk org meja sebelah tertumpah air cam tuh? Sendiri mau ingat ekk!

 Anak makcik tu..hehe ;p


Situasi Ke 3 : Fesyen

Hehe..kalo bab ni aku sangat suka!! Aku kan fashionable!! Erk,,kalo aku mengaku di depan khayalak Malaysia..mesti di keji… ( tapi aku mmg stylo lah) haha.. korang tau tak? Kat sini korang pakai ape sahaja…yer ape sahaja!! Mereka akan angap its your fashion.. dorang tak akan kutuk korang nye fesyen.. seperti yang selalu korang dengar “ ei poyo nye style minah tu”.. “ mak ai,mamat tu tak beragak nak dress up” …”alahai style lame pon tak tinggal lagi” … betol  kan?? Hidup dorang adelah tak menyusahkan orang sekeliling, tak macam hidup rata – rata orang Malaysia..hidup hanya untuk menyusahkan orang!!

Hah..  situasi- situasi tu dah cukup buat aku terkesima..Aku bukan nak  mengutuk Malaysia,tapi just nak bezakan buruk baik nye yanag patut kita ikut kan?? Jangan saman  aku eh..aku xde duit..hehe..
Yeahh…sumpah “ I love japan” !!!

P/s : Okuchi ni au to ii no desu ga.. soredewa chikaiuchi ni !

16 July 2011

Nisfu Syaaban


Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban
Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!


Salam Asia..

Konnichiwa!  

To my fellow followers,thnx a lot sbb sudi menjenguk blog aku nie..walaupun usang dan kurang isi,tapi masih laris…hehe,.mane taknye,,terkejut gak jumlah followers yg makin banyak…haha…

Ape citer semuanya?
wah…sedar tak sedar dah taon 2011 ,pffttt,,ape aset yg telah korang kumpul setakat ni? Mazda? Porshe?xpun kereta kuda kaki ke atas? Hee.. kalo aku maseh zero miro… hahaha… Kan setiap orang diberikan jalan yang berlainan.. itulah hidup name nya,,,kalo sume idop kita same,,xde life lah name nya kan..

Syukur pada Tuhan, sekarang aku mampu membuat Ayah dan ibu tercinta tersenyum girang dengan ape yang sedang aku capaikan..terima kasih mak atas segala  doa kamu!! Akan daku usahakan demi mengembirakan mu..


Untuk kesekian kalinya aku bakal menjalani ibadah puasa dan menyambut syawal di bumi asing,..bagaimanakah agak nya? Sebersih dan sesuci di Malaysiakah? Insyallah, akan di laksanakan sepenuhnya… bulan depan? Yess bulan 8 akan bermulanya puasa…kome pose yer..jgn idak..then aku bakal beraya di kedutaan Malaysia bersama dengan pnduduk malaysia yang berada kat sini…pagi syawal tanpa ciuman dari ibu ayah ;)
xpe…hati kering,,,Insyllh taun depan dapat beraya same2…


Safwan Abdul Kadir In Memory

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan nyawa untuk terus berjuang di muka bumi....  Dah lame x update dairi kesayangan ni..busy yang amat, di kesempatan ini  aku nak ucapkan Takziah Buat keluarga
En Abd kadir atas pemergian shbt sehobi aku iaitu  
Muhammad Safwan bin Abdul Kadir ..Allahyarham meninggal dunia sejurus terlibat dalam satu kemalangan di Higway Negeri Sembilan..Kemalangan antara kereta arwah dengan sebuah lori mengakibatkan arwah cedera teruk di kepala dan  meninggal di tempat kejadian..Allah lebih menyayangi beliau..Seorang insan yang amat berbakat dalam dunia photographer..juga sahabat alam maya yang baik..sering bertengkar pasal gambar dgn aku..itu lumrah..Maafkan daku andai tersilap kata terkasar bahasa...Moga Roh Arwah di cucuri Rahmat..Al – fatihah!!


SEREMBAN: Seorang pelajar politeknik maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 263.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Plaza Tol Labu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Safwan Abdul Kadir, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Logistik Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dalam perjalanan ke arah Utara melanggar belakang sebuah lori membawa muatan besi kitar semula di lorong paling kiri.


Sumber : Harian Metro


Kat sini aku selitkan antara gambar hasil tangan Allahyarham..  “Segalanya Dalam Kenangan”







08 March 2011

Updated..

Sekeping hati,,,

Dulunya parah di calar..
Pedih di hiris...
Tapi kenangan manis tetap bersama...



Ibarat hujan,,
Walaupun bersama ribut..akhirnya meninggalkan pelangi nan indah...
Harapan kembali di saat ingin berjauhan..
Senyuman bias indah terukir..
Kelat menjadi manis...
Duka menjadi suka..




Andai masa menjadi penghalang,
Hargailah masa kerana masa kita bersama..
Andai jarak menjadi pengukur,
kenangilah ia kerana itulah pengukur kekuatan kita..
Andai mereka yang menetapkan,
Tunjukkan ketulusan hati kita!!!

20 February 2011

Aku Masih Ada...

Salam.. hoora!!!

Hahahahaa..mesti terkejot ngan tajuk post aku kan? achummmm... adeii tahan je laa.. habuk banyak nau..lame x menyinggah..kalo yg pasan laa.. last date aku update bile ekk??? ,,,sape tau sile angkat tangan macam saye...shilake jer...

Manyak yang berlaku,,hemm sume ade memory tersendiri,,,yang mampu membuat aku senyum...berduka,,terkejut,,mungkin juga tersa nak terjun bangunan...tapi naseb baik aku ni jenis gayat kan...xde la berhajat nak terjun bangunan..hee..

Lets proceed!!

Sabtu lepas aku dengan jaya nye menyertai festival sukan..mane tempat  ha??? mane ag kalo bukan Kompleks Sukan Upm... sape je yg ade?? hahaha..anjuran sendiri,mesti ahh geng snirik yg join kan? haha...banyak gak acara padang,,malas ahhh,,, itam makk,,,haha tetibe,,, xde la actually xde mase..mane nak kejar asemen sensei meran/sensei rajan/sensei hamir...mak aihhhh!!

Back to the topic..
game  ni memang best,, sape yg penah main badminton? mesti sume tak penah kan? x agak2...
meh nak cite serba sedikit...game ni kalo nak main kene ade racket n shuttle cock...tapi yang penting kemahiran dan strategi menewaskan lawan...ade formula gak tau,,,bukan takat ingan korang tough lagi fit akan dapat men badminton,,strategi tuh penting!!


Aku xnak cakap manyak laa,,,sebab aku antara yang menang ..yupp..menanggung kekalahan,,,hahaha...buek malu jer bercerita derr!!
ape ade kesah,,,ni blog aku kan?? xpuas ati angkat tangan lagi sekalik!!
hahaha...

paneh jer ati ni...blog aku xle upload gambo...nape eh?? xkan majok kott?

25 November 2010

Happy 3rd Birthday !!

Happy Birthday To You ..
Happy Birthday To You ..Happy Birthday To You ..Happy Birthday To You ..Happy Birthday To You ..Happy Birthday To You .. Happy Birthday To My blog...

After 3years ..this is the 1st aku perasan tarikh aku sign up to this blog...hehehe..yeahh.. macam biasa..hidup seorang penulis yang tak berapa tegar,,terkadang ade idea ade la aku menyonteng,, time xde idea,,,sunyi sepi la wall aku nie,,, nway,,,semuga blog aku sukses dengan jayanya di pandu oleh aku,,,hehe,,,thnx jugak buat korang yang selalu singgah kat sini,..thnx yang banyak memberi komen positif,,,

Semalam siti kirim kek buat blog aku,,,aku share ngan korang ehh!! ;)

Birthday ke 3 ;)

Eiman Datang Lagi..

Salam..pfftt..hampir tiga bulan aku x singgah kat sini,..achummmm!! berhabukk...banyak benda pahit manis masam mahupun kelat dah aku lalui sepanjang masa tersebut...lagi sebulan,2010 akan melabuhkan tirai..kehadiran 2011 adelah penentu kejayaan aku...arghh!!

Ape khabar semua pembaca sekalian?? tentu korang selalu lepak sini kan,,tapi xde new story by me..heheh..
currently aku sebokkan diri kat"Ekspo Cheng Ho" jadi wakil media kat sane mmg bess..banyak pengalaman yang dapat aku adaptasi sebagai photographer,,kesabaran adelah tunjang utama sebenarnya,,kerenah manusia sukar di ramal....hemmm...

16 August 2010

HIKMAH TERAWIH


Keutamaan Solat Terawih

Pertama, akan mendapatkan ampunan dosa yang telah lalu. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (shalat tarawih) kerana iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
(HR. Bukhari ayat. 37 dan Muslim ayat. 759).

Kedua, solat terawih bersama imam seperti shalat semalam penuh. Dari Abu Dzar, Nabi saw pernah mengumpulkan keluarga dan para sahabatnya. Lalu beliau bersabda, “Siapa yang solat (malam) bersama imam hingga ia selesai, maka ditulis untuknya pahala melaksanakan shalat satu malam penuh.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi. Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 447 mengatakan bahwa hadits ini shahih)



Menurut Ali Bin Abu Thalib, yang pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang ibadah solat terawih di Bulan Puasa, ALLAH SWT menjanjikan pahala yang hebat.








Pahala Malam ke-1
Allah menghapuskan dosa Anda, seperti Anda baru lahir dari perut  Ibu

Pahala Malam ke-2
Allah menghapuskan dosa Anda dan dosa kedua orang tua Anda, bila mereka mukmin.

Pahala Malam ke-3
Malaikat dari Arsy mohon kepada Allah agar diterima ibadah Anda, serta dihapuskan dosa-dosa Anda yang telah lewat

Pahala Malam ke-4
Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang-orang yang telah membaca Taurat, Injil, Zabur, dan AL-QUR’AN

Pahala Malam ke-5
Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang yang menjalankan salat di Masjidilharam Mekah, Masjid Nabawi Medinah, serta Masjidil-Aqsha Jerusalem.

Pahala Malam ke-6
Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala mereka yang tawaf di Baitulmakmur. Serta seluruh batu dan bata pada bangunan itu memintakan ampunan atas dosa-dosa Anda.

Pahala Malam ke-7
Diberikan pahala kepada anda sebagaimana pahala orang yang ikut Nabi Musa as melawan Fir’aun dan Haman

Pahala Malam ke-8
Diberikan pahala kepada anda seperti yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim as

Pahala Malam ke-9
Akan diberikan pahala kepada anda sesuai dengan ibadah seorang nabi

Pahala Malam ke-10
Allah akan memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Pahala Malam ke-11
Akan dihapuskan dosa anda bila anda meninggal, seperti anda baru keluar dari perut ibu

Pahala Malam ke-12
Pada hari kiamat, anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan

Pahala Malam ke-13
Pada hari kiamat, anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih

Pahala Malam ke-14
Para malaikat memberi kesaksian salat Tarawih Anda,dan Allah tidak menghisab Anda lagi.

Pahala Malam ke-15
Anda akan memerima selawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi

Pahala Malam ke-16
Anda akan mendapat tulisan “selamat” dari Allah, anda bebas masuk surga dan lepas dari api neraka

Pahala Malam ke-17
Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi

Pahala Malam ke-18
Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda dan orang tua anda selalu mendapat restu

Pahala Malam ke-19
Allah akan mengangkat darjat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)

Pahala Malam ke-20
Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan salihin

Pahala Malam ke-21
Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda di surga

Pahala Malam ke-22
Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat karena anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat

Pahala Malam ke-23
Allah akan membuatkan sebuah kota untuk anda di dalam surga

Pahala Malam ke-24
Allah akan mengabulkan 24 permohonan anda selagi anda masih hidup di dunia

Pahala Malam ke-25
Anda akan bebas dari siksa kubur

Pahala Malam ke-26
Allah akan mengangkat derajat amal kebaikan anda sebagaimana derajat amal kebaikan anda selama 40 tahun

Pahala Malam ke-27
Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustaqim nanti

Pahala Malam ke-28
Akan dinaikkan darjat anda 1.000 kali oleh Allah di dalam surga kelak

Pahala Malam ke-29
Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah (haji mabrur)

Pahala Malam ke-30
Allah menyuruh kepada anda untuk memakan sebuah buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabil (air surga) kerana Allah Tuhan anda dan anda hamba Allah yang setia.

- SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERIBADAT-

11 August 2010

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

Diariku Ramadhan

Hari ni adelah hari pertama ramadhan 1431H.. seperti biasa sepanjang ramadhan lepas banyak cerita dan kenangan mahupun cerita kelakar yang pernah aku lalui..hehe,, semua adelah peristiwa!!!
perkara paling best nak aku kongsi adelah ;

Kisah pertama adelah...Cinta pertamaku adelah di bulan Ramadhan..hehe,,cinta monyet..alah,semua pernah rase kott,,memang monyet kott.Tapi 4 tahun jugak aku jadi monyet ;)... alah proses pembesaran..tapi aku xpercaya cinta pertama,aku xpercaya sama sekali..tapi ia adalah perkara yang terindah semasa mengharungi nye,,thnx to my 1st love sebab pernah menyayangi diri ini..haha,,sekarang dah punye haluan memasing.. ke mana dia..ke mana aku.. ape aku buat,,ape die buat..masing dah tak updated...life to survive!! yang penting kitaorang dah dewasa,dan mungkin ianya mampu membuat aku tersenyum bila mengingatinya,,ye laa..pagi2 dah tulis surat,petang dapat balasan...hahaha.. siap ade pantun lagik " pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas " segalanya berbalas..sampai tiada lagi balasan,, sekarang aku hanya menguntum senyuman apabila ingatan aku menerjah kisah lama..Setiap kali munculnya ramadhan setiap kali aku teringat kisah dulu,,,kisah yang mengajar erti hidup..tentang kejujuran,,kasih sayang,,mahupun  kesetiaan..bukan ingin hubungan itu berkekalan sehingga sekarang,,tapi sekadar berkongsi,,Setiap yang berlaku adelah ketentuan Tuhan,, Tiada lagi permusahan,,tiada lagi dendam tersirat.. aku cool saje ;)

Kisah kedua adelah..kejadian yang berlaku semasa kecik gak,,memandangkan aku agak kecik time kecik ,so ianya adelah di zaman kecikku..hehehe,, yeahh... ingat lagi..hari pertama berbuka puasa time tu aku berbuka kat rumah salah seorang kakak aku kat Taman melaka baru..ape yang jadi???? hahahaha- time nak berbuka,abg ipar aku menyuruh aku membaca doa berbuka..mak aii..1st day tu memang kene refresh..aku pon bace laaa... Bismillahirrahmanirahim.............err..err..err..."aku terlupe" hahahaha,,,boley pulak..mangkok betul..tapi abag ipar aku sempat coverline,,die sambung daa...aku hanya mampu tersenyum..kakak aku asek gelak jer...makan pun dah xrase nasi dahh,,,hahahaha,,,adesss.. belajar dari kesilapan kan,, tapi itu dulu,,,sekarang aku dah besar,,maybe tengah menghitung detik aku di mengenali dunia ;)

Kisah ketiga adelah,, Aku dapat lesen B2,D juge dalam bulan puasa..sekitar 2006 rasenya,,heheh,,rasenya time tu cuti sem,,kalu x silap sebab dah ingat-ingat lupo! cerita yang sangat menarik sebelum aku dapat lesen adelah,, semase baru belajar nak drive kete,,ceyy,macho lagaknye,,lagi macho bile kete ayah aku masok semak..dek aku yang buat,,,hahaha,,kisahnye nye aku nak masuk simpang,,bile nak masuk tuh aku pusing stereng 360°.. hahaha,, bile dah masuk simpang tuh cam berat lak nak pusing balik..sebab kete lame xde power stereng.. dalam semak la aku..siap langgar tiang telepon lagi..tapi naseb ayah aku cool..beruntung beb dapat ayah mcm ayah aku ;)
ayah cakap belajar memang mcm tu..kalo xde salah xde salah silap bukan belajar namenya,,pastu kita akan ingat ape salah kita,,nanti kita dapat jadikan guideline ;)


Sekarang adelah tahun ke-23 aku kat bumi Tuhan..dan merupakan tahun ke 15 aku berpuasa..aku harapkan Malam LailatulQadar !! aku harapkan puasa di bulan Ramadhan tahun ini membawa seribu erti buat aku dan seluruh Umat Islam di Dunia.. Selamat Berpuasa!!

08 August 2010

Bila Lensa Turut Berbicara

Hahahaha,,gile kentang..itu yang dapat aku luahkan...mana taknye..TPU ajak aku outing sunrise di kala 12malam..har2..secara mengejut lak tuu,,aku on saje,,demi mencari ilmu dan dah lame xbermesra dgn my roxy..heheh.,, So aku called arif tok ajak join skali..

Yeahh..6 am,lepas solat subuh kitorang gerak ke tempat kejadian,,wahh!! sebenarnya agak lewat untuk sampai Ke pantai Cahaya Bulan.. Semua dah terpacak menunggu kitorang..cam Vip kene buang daerah jer rase..Semua dah pacakkan tripod  memasing dan sudah mula menembak..haha,,tapi menembak pakai shutter ;)

Almost 2hours i was there!! sangat puass,,puass sangatt,,
Hahahaha..one thing I will not forget is about Tpu..bhahahah- sape nak blaja buat bunga menggunakan duet Rm1... aku dah blaja,,,siap tau duit palsu ke takk!! memang siakk...

gambar pade hari tersebut ;)

Sunrise at Pantai Cahaya bulan 6.45 am

Uhh..like tis pix damn much!
Tpu feat sony a200

Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu
Satu-satunya jam yang tercorot di pasar Siti Khadijah
Hahahaha..who is the owner?
Antara Mereka Yang Join..aku jer xde lam gambar,,waka waka..xmo ngaku gambo sniri...



Lesson of  This topic : belajar dan terus belajar..

05 August 2010

Outing 3 Taman Perbandaran Tengku Anis

Omg.. im impassionate!!
Gathering Photography yang berlangsung 30/07/10  memang best sangat..thnx yang melibatkan diri,,aku pon x terkecuali..hehe,,ramai sangat cecah 2 bijik bus ade kott,,memang ramai la..
Macam biasa,aku ngan arif gigihkan diri pergi sane..memang masing-masing x pernah sampai kat sane..ade call  "TPU" boleh lak die cakap Taman Tengku anis sebelah Pasar Siti Khadijah.aiigooo.waka waka..  Tanpa sebarang Gps maupon google Maps..akhirnye ku sampai kat situ..hahaha,,tapi there one more problem!! kitorang malu lak bile tengok ramai photographer yang berkumpul..miahaha,,,naseb arif kenal die nye sifuu..
"Ramai yang tak kenal dan ramai yang baru di kenali..ehh,, xpenah aku outing dengan Conceptualis Photography Community !! memang superb Team nie,, jom enjoy latest Photo ;)  "



Gelagat Photographer.. menunggu model di siapkan,,,"siap model tuh" haha..

 Yeahh..time to setting!


Separuh Daripada photographer Yang Datang..Separuh Lagi Malu...ade ke yang malu bergambar? hahahaha...


Lesson Of The Story : Sharing Is caring ;)

21 July 2010

I-City

Salam..

Ape khabar peminatku semua? yang oke sile angkat tangan,,huhu...masalah utama, aku ni artis ke nak ade peminat segala? hahaha... emmmm..agaknye bile last korang jenguk2 blog aku ehh? pade top stalking tue thnx sebab sudi menjenguk dan meninggalkan komen2 positif..yeahh untuk peningkatan prestasi..

Btw,,aku kat sini nak share something ngan korang...kan sharing is caring...hehe..Aku rase pict ni dah lame x lame jugak..dalam ujung bulan lepas..tu pon kalao x silap,well..

FYI, esoknye aku ade interbiu kat Selayang...bukan nak prepare,tapi asek jalan jer,,sampai kol 4 pagi lak tuhh,,hampess tol tukang bawak aku..safwan.. balik umah kol 4 pagi then prepare baju,dokumen segala tok interview esok  nye kat Fama Point,, lepas tu ade la tido skett,,harrr amek kaw aku overslept sampai 7pagi..patutnye aku bangun kol6..yela nak bersiap..sarapan bagai..tup..tap..tup ..tap..dah 8.30...patutnye aku smapai kol8am...adeiii im late...bile dah lambat,,,cuak,,blur,,kesah sume ade,,,seb baik belom mula,,,heee,,,selamat laa aku time tu,,,

Dup,,,dap,,,dup...dap!!!!
Sampai aku nye turn...so bermula la sesi interbiu..ape isi interbiu??? xyah la citer,,,hahahaha...sengal...
Ni gambar sekitar I city..











Lesson Of The Story : Tepati Masa ;)

18 July 2010

Outing II

Kali nie aku nak bercerita pasal klik-klik outing bersama photographer,,,alangkah keciknye aku kalau nak di bandingkan dengan mereka-mereka semua tu...sume berbadan besar,,hahaha..takde laa,,bakat dorang besar,dorang lebih berpengalaman...Kredit to Topeng Perak Unmasked "TPU" atas segala jemputan... ape pun aku kne berterima kasih kepada arif dulu,,sebab dia aku dah sampai ke tahap ini..walau bukan tahap yang boleh di banggakan sangat,tapi aku syukur dengan perkembangan yang  ini.. nie adalah gambar sekitar outing ke-2..mesti korang tertanya-tanya mane gambo outing yang pertama kan? jawapan nye,malu tahap senduk aku nak g tau..hahaha...aku xbwk memori kad time outing yang pertama di Euro Fun Park...meleleh air liur tgk gambar dorang,,,hahaha...

Outing II sekitar pesta wau peringkat kebangsaan di sekitar pantai irama...banyak yang join sbb antarabangsa punye ..kan? So,aku ngan ariff agak lambat sampai ke sana bukan di sebabkan jalan jem..tapi disebabkan sesat..hahah...name je dok klantan..tapi jalan ke sane hampess xtau!! then..bile sampai sane banyak yang di kongsi dan di snap..pehh...its cant describe by word ttg ape yang aku rasa semasa di sana,. lets join the moment ;)














 

Barisan otai yang memang Otai.....






Lesson Of The Lesson : Kejayaan Akan Lebih Bermakna Dengan Usaha Sediri

07 July 2010

Diariku Eiman

Yeaahh, boring night .. I do not know what to do ..
wisdom is entertaining through which I learned a lot .. Explore the field of photography. Arif is a great talent, a lot of knowledge that I pick up from him .. ops! He already married, Just won't to tackle him hard, ..hahaha...
this my new shoot with afif and guided by arif..



I know you already know this little boy, right?


chill o_0"



I will grow up quickly;)



Love my uncle ;)

Afif : uncle, my picture was inside ;)


Lesson Of The Story : Learn till ever,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

its finallly reveal...