Takziah buat En.shafie Dan Maryam..Semoga Arwah di cucuri rahmat..
*Petikan Berita Harian Online
Timbalan dekan, penuntut UiTM maut nahas di New Zealand
KUALA LUMPUR: Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) terbunuh dalam kemalangan jalan raya di North Putaruru Tirau, Hamilton, kira-kira 200 kilometer dari Auckland, New Zealand, jam 8.15 malam tadi (3 petang waktu Malaysia).Mangsa terbunuh dikenali sebagai Shafie Ahamad, 51, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, manakala penuntut yang maut dikenal pasti sebagai Mariyam Sakinah Ahmad, 21.Dalam kejadian itu, seorang lagi penuntut parah, manakala dua cedera ringan. Mereka ialah Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Muhamad.Seorang lagi penuntut dikenali sebagai Siti Aishah Razi, terselamat.Difahamkan, Shafie dan lima penuntut Kelab Fotografi UiTM serta tiga lagi pensyarah dalam lawatan sambil belajar ke negara itu. Shafie dikatakan menetap di Jalan Ampangan 4, Seksyen 8, Shah Alam.Seorang Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand, Dzulkefly Mustapha yang dihubungi berkata, kejadian itu dimaklumkan polis kepada pihak kedutaan kira-kira jam 12 tengah malam (7 petang waktu Malaysia)."Polis memaklumkan van dinaiki enam orang itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah trak. Mereka yang cedera dirawat di Hospital Waikato," katanya.Difahamkan mayat mangsa kini berada di hospital di Auckland.Dzulkefly berkata, beliau sempat berbual melalui telefon dengan Siti Aishah, tetapi tidak mendapat banyak maklumat kerana mangsa masih dalam trauma.Sementara itu, anak kedua Shafie, Jamaatul, 17, berkata ayahnya ke New Zealand dua minggu lalu membawa rombongan pelajar mengadakan lawatan sambil belajar bagi subjek Photo Communication."Ayah sepatutnya balik Sabtu ini," katanya.Arwah meninggalkan seorang balu, Salimah Shuhaimi, 45, dan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.
No comments:
Post a Comment
Thanks For The Comment..