26 June 2009

Kematian Raja Pop Micheal Jackson..



LOS ANGELES, 25 JUN 2009: Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, di sini, hari ini, Khamis, 25 Jun 2009, kira-kira jam 2.20 petang (Jumaat, 5.20 pagi, waktu Malaysia).

Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berkaitan dengan masalah jantung selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Berita ini disahkan oleh abangnya, Jermaine Jackson, 54, kepada pihak media di pusat perubatan berkenaan.


Beliau berkata, adiknya telah dikejarkan ke pusat perubatan itu pada jam 1.20 petang dan sepasukan doktor telah cuba menyelamatkan beliau selama sejam tetapi gagal. Jermaine juga memohon supaya pihak media memberikan privasi kepada keluarga mereka buat masa ini dan turut berdoa semoga Allah merahmati Michael sepanjang masa.

November tahun lalu, Michael atau cukup sinonim dengan gelaran King of Pop, telah dilaporkan memeluk Islam.

Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback terhebat di London, Julai ini. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Beliau meninggalkan 3 anak.

Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan.

Sebelum ini, pada hari yang sama, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal siri Charlie's Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.

2 comments:

Thanks For The Comment..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

its finallly reveal...