21 July 2010

I-City

Salam..

Ape khabar peminatku semua? yang oke sile angkat tangan,,huhu...masalah utama, aku ni artis ke nak ade peminat segala? hahaha... emmmm..agaknye bile last korang jenguk2 blog aku ehh? pade top stalking tue thnx sebab sudi menjenguk dan meninggalkan komen2 positif..yeahh untuk peningkatan prestasi..

Btw,,aku kat sini nak share something ngan korang...kan sharing is caring...hehe..Aku rase pict ni dah lame x lame jugak..dalam ujung bulan lepas..tu pon kalao x silap,well..

FYI, esoknye aku ade interbiu kat Selayang...bukan nak prepare,tapi asek jalan jer,,sampai kol 4 pagi lak tuhh,,hampess tol tukang bawak aku..safwan.. balik umah kol 4 pagi then prepare baju,dokumen segala tok interview esok  nye kat Fama Point,, lepas tu ade la tido skett,,harrr amek kaw aku overslept sampai 7pagi..patutnye aku bangun kol6..yela nak bersiap..sarapan bagai..tup..tap..tup ..tap..dah 8.30...patutnye aku smapai kol8am...adeiii im late...bile dah lambat,,,cuak,,blur,,kesah sume ade,,,seb baik belom mula,,,heee,,,selamat laa aku time tu,,,

Dup,,,dap,,,dup...dap!!!!
Sampai aku nye turn...so bermula la sesi interbiu..ape isi interbiu??? xyah la citer,,,hahahaha...sengal...
Ni gambar sekitar I city..











Lesson Of The Story : Tepati Masa ;)

18 July 2010

Outing II

Kali nie aku nak bercerita pasal klik-klik outing bersama photographer,,,alangkah keciknye aku kalau nak di bandingkan dengan mereka-mereka semua tu...sume berbadan besar,,hahaha..takde laa,,bakat dorang besar,dorang lebih berpengalaman...Kredit to Topeng Perak Unmasked "TPU" atas segala jemputan... ape pun aku kne berterima kasih kepada arif dulu,,sebab dia aku dah sampai ke tahap ini..walau bukan tahap yang boleh di banggakan sangat,tapi aku syukur dengan perkembangan yang  ini.. nie adalah gambar sekitar outing ke-2..mesti korang tertanya-tanya mane gambo outing yang pertama kan? jawapan nye,malu tahap senduk aku nak g tau..hahaha...aku xbwk memori kad time outing yang pertama di Euro Fun Park...meleleh air liur tgk gambar dorang,,,hahaha...

Outing II sekitar pesta wau peringkat kebangsaan di sekitar pantai irama...banyak yang join sbb antarabangsa punye ..kan? So,aku ngan ariff agak lambat sampai ke sana bukan di sebabkan jalan jem..tapi disebabkan sesat..hahah...name je dok klantan..tapi jalan ke sane hampess xtau!! then..bile sampai sane banyak yang di kongsi dan di snap..pehh...its cant describe by word ttg ape yang aku rasa semasa di sana,. lets join the moment ;)














 

Barisan otai yang memang Otai.....






Lesson Of The Lesson : Kejayaan Akan Lebih Bermakna Dengan Usaha Sediri

07 July 2010

Diariku Eiman

Yeaahh, boring night .. I do not know what to do ..
wisdom is entertaining through which I learned a lot .. Explore the field of photography. Arif is a great talent, a lot of knowledge that I pick up from him .. ops! He already married, Just won't to tackle him hard, ..hahaha...
this my new shoot with afif and guided by arif..



I know you already know this little boy, right?


chill o_0"



I will grow up quickly;)



Love my uncle ;)

Afif : uncle, my picture was inside ;)


Lesson Of The Story : Learn till ever,,

06 July 2010

Lelaki Penipu


 Ini merupakan hasil kajian yang dilakukan Science Museum terhadap sekitar 3000 responden. Berdasarkan hasil kajian, Lelaki  rata-rata melakukan tiga kali kebohongan setiap hari dan itu sama dengan 1092 kali dalam setahun.

Sementara itu, kaum wanita tidak separah kaum lelaki. Kebohongan yang dilakukan wanita sekitar 728 kali dalam setahun atau rata-rata dua kali dalam sehari. Di kalangan wanita, para ibu cenderung sering bercakap bohong.

Dalam data lainnya ditunjukkan, sebanyak 25%  lelaki  mengaku sering berbohong kepada ibunya, tetapi hanya 20%  wanita yang mengaku berbohong kepada ibu mereka. Dikaitkan dengan pasangan, hanya 10%  responden yang mengaku cenderung berbohong kepada kekasih, suami, atau isteri.

Tentang jenis kebohongan, Lelaki kebanyakan berdusta kepada pasangannya soal kebiasaan mereka meminum alkohol,berlaku curang. Sementara para wanita lebih sering menyembunyikan perasaan mereka dan berkata, "Tak apa-apa, semua baik-baik saja."


Para wanita juga mengaku sering merasa bersalah setelah mengatakan kebohongan. Sekitar 82%  mengatakan bahwa mereka menyesali perbuatannya. Sementara di kalangan pria hanya 70%  yang mengaku menyesal telah bercakap bohong.

So pada si lelaki termasok aku,,muhasabah diri ehh,,hahahaha.,.

03 July 2010

Brazil Kecundang

Huargggg...kenapa cegini???? umum mengetahui Brazil adalah antara target utama dalam worldcup musim ini dan sebelum nya.Tapi magis bola merungkai segalanya.jadi nyata brazil bukan lagi juara..aku juga teras sedih..huh..walaupun tak berapa pandai main bola tapi aku suka Tengok Bola.

 
So,Impian Brazil memburu kejuaraan keenam Piala Dunia lebur apabila pasukan yang beraksi dengan 10 pemain tumpas 2-1 kepada Belanda pada perlawanan menarik suku akhir, malam tadi.Yang bertarung judi tuh padan muko!!!!!!

Skuad kendalian Bert van Marwijk bangkit selepas ketinggalan gol jaringan Robinho pada babak pertama dengan menyumbat dua gol menerusi jaringan sendiri pemain tengah Brazil Felipe Melo dan Wesley Sneijder untuk Belanda melangkah ke separuh akhir bagi mencerahkan peluang meraih kejuaraan pertama selepas dua kali kecewa di pentas akhir.
Brazil memberi amaran awal dengan melancarkan serangan pantas pada minit ke-8 menerusi gerakan Dani Alves di sebelah kiri sebelum mengumpan bola kepada Robinho yang kemudian mudah menolak masuk bola ke gawang Belanda.

Jaringan itu tidak dibenarkan pengadil Yuichi Nishimura, kerana Alves berada di kedudukan ofsaid.

Namun kekecewaan itu pantas ditebus dua minit kemudian apabila hantaran leret dari bahagian tengah Melo dikejar Robinho yang tidak dikawal sebelum merembat menewaskan penjaga gol Maarten Stekelenburg untuk merekod gol kedua peribadi kejohanan Permainan bertambah rancak apabila skuad Brazil kendalian Dunga mula memperagakan aksi ‘joga bonito’ hasil kombinasi serangan Robinho, Kaka, Luis Fabiano dan Alves yang nyata menghiburkan 42,286 penonton di Stadium Nelson Mandela Bay.

Satu-satunya peluang terbaik dihasilkan Belanda pada babak pertama melalui rembatan pemain Liverpool Dirk Kuyt namun berjaya dinafikan penjaga gol Julio Cesar.

Sementara Brazil terus mengancam untuk menambah jaringan bermula dengan percubaan pemain pertahanan Juan di depan kotak pada minit ke-25 melepasi palang gol manakala rembatan lencong pemain perancang Kaka ditepis keluar Stekelenburg enam minit selepas itu.

Belanda menghidupkan kembali peluang apabila memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila Melo tertanduk bola ke gawang sendiri selepas Cesar gagal mengeluarkan bola sepakan kaki kiri bintang Inter Milan, Sneijder pada minit ke-53.

Penyokong skuad Oranje kemudian terus bersorak gembira apabila Brazil sekali lagi terperangkap dengan gerakan set-piece Belanda. Bermula dengan sepakan sudut Arjen Robben yang ditanduk ke belakang oleh Kuyt sebelum ditanduk masuk Sneijder menggegar gawang Brazil pada minit ke-68.

Laluan Brazil bertambah perit apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana memijak kaki Robben.

Sneijder berpeluang untuk meletakkan pasukannya dalam kedudukan selesa pada minit ke-84 namun sepakan jarak dekatnya mudah ditangkap kemas



 hahaha* tunggu Argentina Vs Jerman lak..

Cerita Pilihanraya

 Yeahh..musim pilihanraya sudah menghampiri kita..so,korang yang dah memang berkelayakan dah mendaftarkan diri belom?? cepat,,jgn biarkan adenya pengundi hantuu!!! apepon jom layan cite nih..nak klasifikasi sebagai 18sx bole?hahaha... bkn aper,,kandungan yang mengandungi unsur yang boleh..... haha,, malass cite,,jom layan..


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjungi isterinya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main dibenak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni..”

Hanya 3 kali..?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”

Perlahan jer.. si isteri mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?”






“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami.





”Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak dan perlu buat pembedahan?” si isteri menyambung cerita

“Ya, abang ingat” jawab si suami.

“Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”




“Ohhh... maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”




"Haaa...." ... Tan Sri terus pengsan kat situ jugak… -


Note: 248 undi tu.. isteri dia relax je, YB ni plak yg pengsan

02 July 2010

Kerana Bil Tertungak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam.
Menurutnya, siasatan turut menemui sebilah pisau sepanjang 31 sentimeter di bawah tilam dalam bilik suspek.

“Pada mulanya adik mangsa mendakwa hanya menyedari abangnya dibunuh kira-kira jam 9 pagi dan tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan kerana tertidur. Dia mendakwa, sebaik bangun dari tidur dia terperanjat melihat abangnya mati dan meminta tolong jiran menghubungi polis.

“Banyak kesan darah terpercik di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh.

“Namun, polis percaya adik mangsa bertanggungjawab dalam jenayah ini selepas menemui sebilah pisau disembunyikan dalam biliknya. Berikutan itu, lelaki terbabit yang berusia 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Rahim, siasatan turut mendapati mangsa memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah dan curi manakala adik mangsa memiliki satu rekod jenayah berkaitan curi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tempat mayat Amir Khan ditemui berlumuran darah.

p l a y b o y

"salam...awk.....hmmmm....sy nk cakap ckit nih.....ni antara sy ngn awk......sy bkn pe....sy rasa awk ni terlalu sosial la.....sori to say, sy rasa meluat la tgk gmbr2 awk ngn pmpn2.....amik gmbr dekat2.....leh x jgn duk tukar2 pmpn, sy tau tu sume kawan awk, tp jg la batas2 pergaulan tu.....sy dah rs awk ni mcm playboy.......sori kata2 sy ni pedas tp tu lah, sy rs mnympah la laki gtu...sori to say.. "
(via facebook)



 hemmm...awak kita baru jer kenal..selama kita kenal ade awak betol2 mengenali saya?awak begitu cepat menilai saya?saya playboy?xpenah kott,,saya masih ingat..xde la sampai berdozen saya nye koleksi awek.. well..kita pon memang kene mencari jodoh kita sendiri..awak kan pakar dalam agama?? memang la jodoh tu macam ajal dan maut,,akan datang dengan izin allah,,tapi kita xkan dapat jodoh tanpa berusaha,, please im a men!! this is human being..kott?

Untuk pengetahuan semua,,ni je yg aku ley share sbb lain nye lagi merapu...
emm..aku telah di sapa melalui facebook sejak kebelakangan nie,,sejak akhir2 ni...ramai add aku..im just make it confirm as frenx.adekah aku yang bersalah??



 "Its kill me hardly"


 "lets settle with is..hahaha"

Lesson of da story : Boleh menegur..tapi be a professional...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

its finallly reveal...