02 July 2010

Kerana Bil Tertungak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menemui ajal di tangan adiknya sendiri akibat ditikam berkali-kali dengan pisau serta dipukul menggunakan objek keras sehingga otaknya bersepai selepas kedua-dua mereka bertengkar disebabkan bil elektrik rumah didiami bersama tertunggak mencecah RM2,000.Amir Khan Abdullah, 53, ditemui terbaring dalam bilik tengah rumahnya di Kampung Laksamana, Gombak di sini, dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tikaman pada badan, kira-kira jam 9.45 pagi semalam.
Menurutnya, siasatan turut menemui sebilah pisau sepanjang 31 sentimeter di bawah tilam dalam bilik suspek.

“Pada mulanya adik mangsa mendakwa hanya menyedari abangnya dibunuh kira-kira jam 9 pagi dan tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan kerana tertidur. Dia mendakwa, sebaik bangun dari tidur dia terperanjat melihat abangnya mati dan meminta tolong jiran menghubungi polis.

“Banyak kesan darah terpercik di dinding tempat mayat mangsa ditemui, mangsa dipercayai bergelut dengan seseorang sebelum dibunuh.

“Namun, polis percaya adik mangsa bertanggungjawab dalam jenayah ini selepas menemui sebilah pisau disembunyikan dalam biliknya. Berikutan itu, lelaki terbabit yang berusia 47 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Selain itu, kata Abdul Rahim, siasatan turut mendapati mangsa memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah dan curi manakala adik mangsa memiliki satu rekod jenayah berkaitan curi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Tempat mayat Amir Khan ditemui berlumuran darah.

No comments:

Post a Comment

Thanks For The Comment..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

its finallly reveal...